Mek Google

Wednesday, July 16, 2014

Bekal Semaian Tahun Depan

Alhamdulillah...lebat hujan di bumi Kemaman ketika ini...sejuk sangat pagi-pagi ni...sebelum hujan turun tadi sempat saya gunting beberapa kuntum bunga Zinnia yang kering...sekarang perlu dikeringkan dulu (lembap terkena embun) sebelum disimpan dalam bekas....


Bunga-bunga Zinnia yang bakal kering...lama betul bertahan...sebulan lebih...


Ini yang dah dipetik sebelum ni...dah betul-betul kering untuk disimpan dalam bekas...saya fikir simpan dulu lah....tahun depan pulak semai...lepas ni dah kurang musim panas...kemudian dah nak masuk musim hujan..Takut kurang menjadi bila disemai musim sekarang ni...


Yang dah berjaya dikumpul...banyak tapi tak tau lah menjadi tak benih-benih ni....dah bercampur aduk benih dari pelbagai color. 

Itu saja catatan saya untuk Zinnia batch pertama ni....batch kedua nampak nya dah berbunga tu...tapi tak sempat nak selfie lagi dengan mereka...:D

Oh ya...iklan jap...kepada sesiapa yang masih mencari shawl/selendang raya untuk diri sendiri, anak-anak dara dan sebagai nya...boleh lah lawat Facebook atau Instagram Prettifyyy. Kami menawarkan straight, oval dan halfmoon shawl dari harga RM25 - RM45. Sila lah yer singgah tengok-tengok kut berkenan. 

Facebook.com/prettifyyy 

Instagram.com/prettifyyy 

Benih Zinnia Cactus Mixed boleh didapati di sini. ~ 30 seeds for RM3. Untuk pesanan sila email kepada nadiarashid7582@gmail.com.