Mek Google
Monday, June 30, 2014
Sunday, June 29, 2014
Untung Sabut Timbul...Untung Benih?
Untung sabut timbul...untung benih tenggelam...betul tak?
Salam 1 Ramadhan arini kita...selamat berpuasa!
Gambar di atas saya ambil semalam, ia nya benih cili solok, terung sekaki dan ketumbar...kalau tak silap..dulu pernah terbaca entri rakan blog mengenai biji benih yg tenggelam lebih elok berbanding yang timbul...(jika salah tolong betulkan)
Jadi selepas sejam saya rendam, itu lah hasil nya...hanya 4 biji benih terung sekaki yang tenggelam...cili solok dan ketumbar semuanya timbul...
Kiranya nanti kalau saya semai, pokok nya tak bagus ke macam mana...jom discuss!
Thursday, June 26, 2014
Anak Kemboja
Selamat pagi...ingat lagi tak anak kemboja yang bergelimpangan 5 bulan lepas...aaa ini lah satu-satu nya yang selamat membesar...itu pun tak de la besar sangat...ini kalau diikutkan parent nya berwarna putih krim berkelopak...harap-harap ada la rezeki saya nak ada pokok kemboja free...:D
Tuesday, June 24, 2014
Koleksi Cili
Assalamualaikum...sangat tak teratur jadual harian saya bulan ni...bila ada masa lapang...gadjet pula buat hal...tapi biasa nya berebut dengan Naufal..nampak je saya pegang gadjet..dia pun sibuk nak tengok..nak main...terpaksa la mengalah..
Orite cerita cili ni rasa nya dah seminggu lebih tertangguh...cili-cili yang ada tu pun dah selamat dimakan hihihi...:D
Cilipadi Jarum..
Cilipadi Putih
Cili Besar
Banyak lagi pokok yang tengah segar membesar...kalau lah semua pokoknya menjadi...agaknya saya dah boleh buka kedai cilipadi...tapi masalah nya pokok-pokok cili ni akan keguguran daun semasa berbuah...kemudian belum pun buah elok masak merah...pokoknya akan mati...dan cilinya air gugur tak menjadi...kenapa yer?
Wednesday, June 18, 2014
Rose Orang
Ini pokok bunga Rose jiran mak saya...kira-kira sebulan yang lepas...sedang sebok-sebok amik gambar...makcik Nah pun offer...kak (panggilan diri saya dikalangan jiran) nak ke pokok rose tu...cik ada ni baru semai...wah wah...gila tak nak kan...wajib la nak!
Selepas sebulan....bunga nya keluar..suka sangat!
Monday, June 9, 2014
Nasi Kukus Mak
Macam di kedai tak? Hihihi nasi kukus mak...langkah kanan saya datang ambik gambar saja...bertuah punya anak...:p
Selamat bertengah hari...u olls lunch apa?
Friday, June 6, 2014
Pelbagai Keladi
Salam Jumaat petang...hujan kat sini..lebat!
Bagai mencurah air di daun keladi....miang-miang keladi...tua keladi...perumpamaan ini semua membawa maksud sikap yang negative...tapi bila dilihat dari segi fizikal keladi itu sendiri..cantik berseni dengan urat daun, rupa bentuk dan color yang menarik...di mana aura negative nya? Bila difikirkan mungkin dari segi sifatnya pula yang ada beracun dan gatal bila terkena air getahnya..
Thursday, June 5, 2014
Pokok Zinnia Pertama!
Salam,
Proses mama menanam untuk mendapatkan pokok bunga Zinnia cantik dilaman...sangat panjang..dahulu banyak jenis juga benih Zinnia yang mama semai...tapi hampa...tak muncul-muncul...mama cuba pula ambik benih Zinnia di rumah makcik mama bulan March lepas...benih nya dari bunga Zinnia yang bewarna purple...mama semai...bercambah tapi sekali lagi hampa...anak pokoknya mati mungkin cuaca panas sangat...
Kemudian mama membuat pesanan dengan Diana di KBB...Zinnia Cactus Mixed...dalam 5 hari benihnya bercambah...yang ini mama terus alihkan pasu nya ditempat yang lebih teduh...sangat berhati-hati...setelah banyak kali mencuba..Alhamdulillah..kali ini berhasil beberapa pokok..cuma berdebar pula menantikan bunga nya
Gambar diambil pada 4hb Mei 2014
Bila pokok agak matang...mama pindah pada patch tepi pagar hadapan rumah.
Gambar diambil pada 1hb June 2014
Okey dah nampak kudup nya, seminggu sebelum 1hb dah nampak kudup nya yang belum terbuka.
Pada 3hb June 2014 - Color Oren
Pada 4hb June 2014 - Color Pastel Pink
Benih Zinnia Cactus Mixed boleh didapati di sini. ~ 30 seeds for RM3. Untuk pesanan, email pada nadiarashid7582@gmail.com.
Wednesday, June 4, 2014
Hasil Tuaian (Tomato Cute)
Hasil tuai pada bulan Mei 2014 ni meriah dengan buah tomato cute....ada yang dituai untuk tujuan 'giveaway' tak sempat dirakam gambar nya...(terus masuk plastik...mana sempat selfie-selfie lagi...:p)
Size nya bulat-bulat kecil...kalau orang yang gemar tomato..mungkin boleh terus masuk mulut...hihih..
Roselle pula ini yang terakhir, pokok-pokoknya mama sudah pangkas...untuk menggalakkan lagi penghasilan buah di masa akan datang.
Capsikum masih mampu berbuah walaupun kecil-kecil
Bayam batch terakhir....belalang sudah cam dengan bayam..abis digigitnya
Salad Lionhead yang pertama dituai
Sawi Menang batch pertama dituai
Monday, June 2, 2014
Sunday, June 1, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)