Salam,
Hari ni sudah masuk 21 syawal..cepat betul masa berlalu...:D puasa enam atau ganti puasa belum terbuat lagi...:D
Semalam dan hari Khamis mama kemas kini kan kebun belakang rumah...betulkan struktur patch sayur dengan batu bata yang ada. Sekarang dah hampir sebulan setengah tanam sawi pak choy..tapi mama perasan mungkin pertumbuhan sawi ni bantut..sebab lambat betul nak besar...mungkin space antara pokok sawi tu terlampau dekat..jadi nutrien tak cukup. Jadi mama jarangkan space antara pokok..buang yang mana rasa tak perlu.
Anak pokok sawi yang dibuang mama amik basuh untuk dimasak..mama buat tumis sayur je..ratah sedap jugak...jadi kira anak sawi ni lah hasil tuaian pertama mama.
Sawi Pak Choy: Tuaian Pertama
Jadi semalam mama berjaya betulkan 3 patch...mama susun bata elok-elok. Batu bata dah abis..niat nya nak pergi beli lagi batu bata...untuk patch seterusnya. Patch yang mama betulkan tu..mama susun campur tanam dengan pelbagai tanaman...mama campur antara pokok sawi, tomato, ulam raja, pokok lada dan kailan...sebab melalui pembacaan mama..lagi elok tanam pelbagai tanaman dalam satu patch sebab ada antara pokok ni boleh membantu pertumbuhan pokok lain...sistem ni dipanggil "buddy system". Patch belum betul-betul elok lagi...nanti dah elok..baru boleh tunjuk disini.
Semalam juga, mama ada semai benih baru..benih bunga matahari, bunga balung ayam, bendi emas, dan lobak merah..semai dalam pasu. Harap-harap selepas seminggu ada percambahan. Ikutkan rujukan mama, pokok-pokok ni senang bercambah...paling cepat selepas 3 hari semai akan nampak percambahan. Tak sabar nak tengok percambahan pokok-pokok ni..terutama pokok bendi emas.
Pada hari Khamis plak, mama ada alihkan pokok tomato dan pokok salad kedalam satu bekas yang lagi besar. Cuma masalah nya, untuk dapatkan cahaya pagi...sebab umah tu..terlindung dengan cahaya pagi...bile pukul 12 keatas baru ada cahaya..tapi panas sangat lah pulak sampai ke pukul 5. Jadi pokok salad nampak macam terbakar...
Pokok kailan pun mama alih ke dalam pasu...separuh ke dalam pasu..dan separuh disusun dalam patch...sepatutnya dah besar..tapi nampak macam pertumbuhan terbantut...jadi mama alih ke dalam pasu...untuk uji pembesaran pokok...jika 2 minggu lagi tak ada perubahan..terpaksa la buang anak pokok kailan tu...:D
Gambar lupa nak ambil...nanti dah ada perubahan..kita tunjuk gambar pula..:D