Mek Google

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum,

Fuh..lama hampir 2 minggu tak update apa-apa blog ni...mama busy beraya, berkebun dan kemas rumah after long holiday at kampung di Kota Bharu Kelantan...

Alhamdulillah raya tahun ni sangat puas hati.dengan raya-raya open house dan kenduri kendara sanak saudara...mama cuti dari hari khamis (16hb August) sampai lah sabtu (25hb August)..lamakan...:p

Sabtu lepas mama ada buat mini makan-makan panggil kawan-kawan adik...diorg dah nak balik U masing-masing. Jadi ajak lah makan kat rumah. Insyallah sabtu depan mama nak buat lagi untuk kawan-kawan ofis pulak!

Okey..nak intai resipi-resipi untuk 2nd mini open house...selamat hari raya maaf zahir batin dari mama sekeluarga..:D

Monday, August 13, 2012

Pekembangan Ubi Kentang Part 1

Jumaat lepas mama perasan ada cambahan pada tapak semaian ubi kentang dibelakang rumah. Excited sangat..menjadi rupanya tanam ubi kentang. Bibik yang tolong tanam akhir bulan lepas...ubi kentang jenis rosset..dah expired kuar tunas-tunas..niat beli hari tu nak wat cottage pie..langsung dah masuk bulan Ramadhan..tak sempat buat pie-pie ni...:p

Semalam mama bercuti untuk kemaskini kan mini kebun ni...so amik la gambar cambahan awal ubi kentang yang berusia hampir 3 minggu. Cambahan nya makin banyak..asal nya tanam 2 biji ui..sekarang dah cambah 5 tunas...harapnya menjadi lah ubi yer...insyallah.


Mungkin lepas raya ni nak tanam ubi keledek pulak...memandangkan tanah amat sesuai. Ermm sedap ni...pucuk ubi keledek kalau masak lemak cili api..tak pun wat ulam cicah budu...:p

Masak-masak Ramadhan Minggu Ke 3

Lauk-lauk yang dimasak minggu ke 3 ramadhan...:D

Kerabu Taugeh, Sambal Tempe, Ikan Tenggiri Masak Taucu


Biskut Raya ke 3 - Biskut Badam

Salam Ramadhan yang ke 24 hari ini...

Alhamdulillah semalam bejaya buat biskut badam yang rangup dan sedap! thanks to cik mat gebu..resipi mama intai kat blog cik mat. http://www.tiffinbiru.com/2010/08/biskut-badam-rangup.html
Dengan bahan-bahan ni mama buat 2 adunan..selepas diterap dan bakar...berjaya hasilkan lebih kurang 180 biji biskut dan disimpan ke dalam 5 balang sederhana besar...:D


BAHAN-BAHANNYA :-)

150 g mentega - mama guna butter scs
100 g gula aising - mama tambah lagi 25g menjadi 125gram
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji) - mama guna kuning telur saja
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam

UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

* Mama tambah Rice Chips secukupnya

Mama bakar dengan suhu 160 c selama 20 minit.


Biskut Badam 

Thursday, August 9, 2012

Masak-masak Ramadhan (Minggu ke -2)

Hari Ahad lepas mama dengan ayah pegi pasar...niat nya nak cari petai aja untuk buat sambal udang petai...langsung petai takde kitaorag ke store market lain dan jumpa la ketam, kupang, ikan lampan...tanpa buang masa, mama terus tukar menu..tapi still remain menu sambal udang tu.

Kami beli ketam untuk buat maggi ketam...memandangkan kat kedai mahal sangat..rasa not worth it abiskan berpuluh rnggit untuk 1 mangkuk maggi ketam...so mama pun try masak sendiri...:D 
Bagi kami takde la sedap sangat..mama lagi suka makan dengan udang!

Pada hari tu, mama masak ikan lampan bakar, kupang masak cili, udang sambal, dan petola tumis air. Berselera sungguh makan!

Esok Jumaat mama nak try cari lagi ikan lampan tu...harap-harap ada lah yer! Jom tengok hasil masakan mama...:D

Kupang cili & Udang sambal

Senyum Ramadhan Pertama Naufal

Salam Ramadhan,

Tup tup kita dah puasa 20 hari....malam ni malam ke 21...:D Harap-harap mama boleh teruskan berterawih di malam-malam terakhir ni. Insyallah.

Okey apa ye nak cerita..banyak aktiviti mama buat...di bulan puasa ni..antara yang luar biasa tak penah dibuat sebelum ni..mama buat biskut raya dan berkebun. Tahun ni kira mama tak order biskut raya la...mahu cuba buat sendiri..:D Mama dah buat 3 jenis biskut raya..chocolate chips, conflakes madu dan rose tart. Minggu depan mama nak buat biskut badam pulak...Insyallah kalau sempat!

Ini hasil pertama...alhamdulillah jadi...ayah Naufal cakap sedap!

Chocolate Chips version putih

Conflakes Madu.


Berkebun pulak memang dari dulu bercita-cita bila dah masuk rumah sendiri nak berkebun! Dulu asyik sangat dengan kebun di alam maya FARMVILLE...huhu dah lama mama tak main game tu..sejak pregnantkan Naufal sehingga sekarang..:D

Sekarang alhamdulillah, cita-cita berkebun in progress...mungkin 2-3 hari ni mama boleh update perkembangan sayur-sayur yang ditanam...tunggu....:D

Oh ya..sekarang Naufal dah semakin pandai senyum...senyum pulak buat orang geram! Senyum rabbit dengan 2 gigi kapak kat bahagian atas. Nampak je flash camera dia akan senyum mengada macam tu.

Senyum-senyum nampak gigi

Naufal dalam buai!

Opps...ini ayah Naufal.

Wednesday, August 1, 2012

Koktail Custard Laici

Ini pencuci mulut ramadan yang ke - 11...nampak presentation ok je..tapi rasa custard tu tak boleh belah..hahhaha mama terlebih tepung custard lah...tapi habis juga semangkuk tu layan makan sejuk je masuk tekak..buah laici plak best bulat-bulat pejal...amik kat umah mak..brand Hosen kalu tak silap...

Resipi nya mama jumpa kat blog http://yatiememories.blogspot.com/2011/08/puding-kastad-laici.html . Cuma cara nak buat ajer berbeza sikit:

Bahan untuk Puding 
  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 1/2 cwn air
  • Pewarna merah sedikit
  • 1/2 cwn susu cair - mama guna fresh milk
  • 1/2 cwn gula - mama guna gula perang 4 sudu makan
Cara-Cara 
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair, pewarna dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang. Mama gunkan ramekins.
  3. Kemudian mama kukus dalam 15 minit dan biarkan sejuk.
Bahan untuk Kuah 
  • 1 tin buah laici 
  • 1 tin susu cair - mama guna fresh milk
  • 1 tin air 
  • 1 1/2 sudu tepung kastard
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..) - mama guna gula perang  4 sudu makan
  • ketulan ais secukupnya 

Cara-Cara 
  1. Masak dalam periuk gula, susu bersama air.
  2. Kacau tepung kastard dalam air sedikit. Kemudian masukkan dalam periuk dan kacau sebati selama 15 mint. (Perlu sentiasa kacau untuk elakkan berketul)
  3. Setelah rasa kuah berat sedikit tutup api dan biarkan sejuk.
  4. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur laici.
  5. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais. 
Taraaa ini hasil nya...kastard mama tu keras sikit rasa nya terlebih sukat tepung kastard dan kurang air/susu

Puding Kastard Berlaici