Mek Google

Thursday, May 31, 2012

Eskem Oreo Mama Naufal

Suka sangat tengok-tengok resipi kat myresipi..terjumpa la resipi aiscream..baca komen macam boleh try ni. So i amik lah resipi nyer catat-catat apa yang patut seperti berikut:

1. 2 1/2 cup Dutch Lady Full Cream Milk
2. 2 1/2 cup coffeemate nestle
3. Oreo 1 pack

I buat eskem oreo..if nak buat eskem perisa coklat or strawberry, sila beli Dutch Lady Milk perisa-perisa berkenaan.

Ok..cara nak buat nyer...sukat bahan-bahan terbabit...dan blend. Kalau nak texture eskem lagi gebu..blend lama sikit or masukkan dalam mixer...patah-patahkan oreo..dan blend. Masukkan dalam bekas dan simpan dala freezer lebih kurang 2 jam...tengok lah if campuran eskem dah separa beku...keluarkan dan blend sekali lagi...patah-patahkan lagi oreo dan blend...
setelah sebati...masukkan dalam bekas semula dan sejuk bekukan semalaman...esok nya taraaaa dah jadi eskem yang lazat..yum yum...dibawah ni hasilnya!..:D


Eskem Oreo..Nak lagi rasa oreo patah-patahkan dan tabur.


Monday, May 28, 2012

Alhamdulillah...6 Bulan Sudaaa

Salam Mama Naufal,

Hari ni 28hb May 2012, Naufal dah cecah umur 6 bulan..bermakna mama berjaya fully breastfeed pada peringkat pertama..(6 bulan pertama)...fikir nak start ajar ajar naufal let go dia punya puting semulajadi ni..tapi tengokkan susu still maintain berkhasiat maka biarlah..go with the flow..:D

Awal bulan 6 ni kami satu family join activity company...so delay la dulu cucuk imunisasi Naufal Hepatitis B Dose 3...heheh kang terdemam ke apa susah pulak..:p balik je dari jalan-jalan kita suh Tok Naufal cucuk yer..:D

Ini budak brocoli hari ni dia dah 6 bulan...:D

Thursday, May 24, 2012

Roti Naan & Ayam Tandoori

Semalam cuti-cuti lepak kat rumah, terfikir-fikir apa nak buat makan ni..tengok ayam ada dan paste tandoori ada..tetiba terasa nak bertandoori...so terus google cara-cara buat tandoori dan roti naan. Bahan-bahan untuk roti naan enggak ada..so berlari la kejap ke kedai beli bahan-bahan nya..seperti berikut:

Bahan Roti Naan:

550 gram tepung gandum cap wau
150 gram tepung naik sendiri
10 sudu besar plain yogurt
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecik garam
1 sudu kecik yeast mauripan
2 sudu besar butter

Bahan Ayam Tandoori:

1/2 ekor ayam
1 pack paste tandoori
4 sudu besar plain yogurt
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar (sederhana besar)
* 3 ulas bawang merah
* 2 inci halia
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
*1 sudu kecik jintan putih
*1 sudu kecik ketumbar

note: Bahan yang berbintang (*) dikisar terlebih dahulu.

Cara-cara ayam:

1. Campur semua bahan ayam tandoori ke dalam bekas besar. Gaul sebati dan perap selama 2-3 jam.
2. Masuk oven dan bakar pada suhu 170 celsius selama 45 minit.

Cara-cara roti:

1. Rendamkan yeast dalam secawan air suam-suam kuku dan tunggu sehingga berbuih.
2. Masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, butter, gula, dan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan rendaman yeast dan yogurt perlahan-lahan. Uli sebati sehingga doh lembut.
4. Peramkan selama 30 mint.
5. Kemudian, canaikan doh leper-leper. Ketebalan doh dalam setengah cm.
6. Panaskan kuali (gunakan kuali non-stick). Bila dah betul-betul panas, letakkan doh dan biarkan permukaan doh roti mengelembung baru diterbalikkan.

p/s: Gambar lupa nak snap..lapar sangat masak terus ngapp!

Wednesday, May 16, 2012

WishList!

Bosan lah hari ni, tak ada keje yang penting untuk dikerjakan...so dah ada masa terluang ni..mula lah otak berfikir-fikir...nak buat wishlist yang belum selesai untuk rumah ku..:p

1. Meja Console
2. Cermin bentuk tingkap (optional)
3. Tissue Holder
4. Three Seater sofa
5. English Alas Meja (sudah dibeli kat lovely lace)
6. Microwave
7. English Plate for wall decoration
8. Pokok bonzai - english style
9. Rug for kitchen
10.  Potpoury (sudah dibeli kat lovely lace)
11. Artificial flower - nak cari kat SSF bunga tulip..:p
12. Alas kerusi

Ermm 12 items..banyak la pulak tak ada lagi...tapi benda kecik-kecik saja..:D akan diusahakan dalam bulan ni...

Monday, May 14, 2012

Home Sweet Home

Taraaaa...alhamdulillah penat-penat fikir hal rumah..semalam kami berjaya stay dirumah sendiri..:D
Dua hari lepas berkampung dirumah cik wa (adik) di KL, nasib baik tuan umah bagi tompang takyah dah susah-susah cari hotel. Selama dua hari mencari barang-barang untuk rumah, especially barang gadjet untuk dapur and hiasan. Kitaorang pergi mencari di IKEA dan Metrojaya Midvalley. Hmm yang terkejut mak enon nyer..stencils stainless steel yang ada kat IKEA harga rm9.90 tapi aku dah beli kat kedai di kemaman ni dengan harga rm29.90..huwaaaa bole beli 3 ketul!! Memang terkedu lah sebab tengok ke barang tu..yang kat IKEA lagi berkilat!!! Hmm macam rasa sangat tertipuuuuuuuuuuuuu...:|

Well tapi semangat bershopping harus diteruskan..hahah...:D banyak gak kitaorg tangkap barang-barang yang comel dan murah...tapi penat ya ampun..memang sangat penat! Nak beli meja, cabinet, n etc yang agak gedabak sikit..tapi fikir tak muat kete plak..heheh..:p


Apa-apa pun rumah tu kecik saja..tapi quite selesa for our small family..ihik..:D Semalam dah start masak-masak...masak nasi goreng kampung for dinner..hehhe guna periuk belanga hadiah wedding membe-membe bagi...sungguh best guna kuali TEFAL, periuk IKEA, pan SUPOR..n etc lah..:D

nanti dah complete kemas kita taruk gamba disini ihik ihik...niat nya nak berkonsep traditional plus English...tengok lah macam mana..:D 

p/s: agak panas time malam...berpeluh-peluh naufal..tapi alhamdulillah dia tidur nyenyak..tak banyak ragam.

Ni antara mainan Naufal yang sempat ditangkap ke dalam troli...big carrot and brokoli..suka betul main hisap-hisap badan sayur ni.

Friday, May 4, 2012

Alahai Anak Kerapu

Semalam punya la malas tapi lapar...tengok-tengok dalam fridge jumpa la kerapu 4 ekor kecik-kecik jer...fikir apa yang boleh dibuat dengan ikan ni...sedap dan cepat...dah basuh ikan lumur dulu dengan garam..aku biarkan sekejap
Tengok lagi fridge jumpa cendawan tiram, buah pelam kecik dan curly salad...erm buat sweet sour lah..:D

Terus gorengkan ikan..sambil tunggu ikan garing, aku tumis kuah sweet sour. Tumis dengan bawang putih, serai, halia dan cili kecik. Bila dah naik bau, taruk ciliboh sikit. Then biar garing sikit.
Kemudian taruk sedikit air, biar mendidih..masukkan sedikit gula, sos tomato, sos cili, & sos tiram
Then taruk cendawan, bawang besar, lada besar dan hirisan buah pelam kecik. Susun kan curly salad dalam pinggan, angkat ikan goreng tadi dan susun atas salad. Kemudian, siramkan perlahan-lahan kuah sweet sour ke atas ikan...walla dah siap!

Hasil nya macam niee...




Rumah Rumah...At last Alhamdulillah

Dah hampir sebulan takde update apa-apa...tak sempat..sekarang busy dengan umah baru..tak la baru..second hand house..at last dapat duduk rumah sendiri after setahun 4 bulan stay kat umah parent..macam-macam hal kena hadap bab beli rumah ni..en somi la yang paling feed up..sian plak...suppose after married berangan boleh duduk terus rumah sendiri..tapi sampai sekarang rumah tu status tak boleh dikenal pasti...dari bulan ke bulan if kitaorang call jawapan pemaju..."kami akan meeting dengan MB..kalau MB luluskan...insyallah encik akan dapat terus kunci rumah"....jawapan ni since tahun lepas before aku beranak hahahha sekarang Naufal dah 5 bulan..:p

So sebab dah feed up..en somi cari la rumah lain...tapi still banyak ragam penjual nya...one day aku browse Mudah.com jumpa la 1 rumah ni..untuk dijual..masa tu dalam pantang...discuss punya discuss..penjual setuju dan pembeli pun bersetuju...bank dan lawyer pun ok..tapi tup tup pending pejabat tanah pulak..ada prob untuk tukar nama..suppose bulan 2 lepas bole duduk..dah begitu begini..last-last penjual dengan budi bicara bagi kitaorg duduk dulu sementara tunggu approval pertukaran nama pada geran..pada 29hb April penjual bagi anak kunci...hehehe..:D

Maka dengan ini...Home Sweet Home....sekarang tengah semangat fikir hal decoration dan barang-barang rumah yang perlu dibeli.